Tuesday 26 March 2013

catatan praktikum sesi kedua dan bersama

Akilah : Pelatih ini telah menyelesaikan penyeliaan kedua dan bersama pada minggu lepas. Saya merasakan beliau layak untuk diberi pencalonan rentasan untuk kategori pelatih cemerlang. Ini berdasarkan kepada performance yang telah beliau tunjukkan sepanjang tempoh praktikum serta kemajuan yang telah dicapai amat memberansangkan. Segala aktiviti,kaedah,penulisan rph,penyediaan portfolio telah mencapai tahap yang dikehendaki untuk calon cemerlang. Apapun tahniah untuk Akilah dan harap bersedia untuk rentasan cemerlang pada 8.hb April 2013 nanti..good luck..

Najmudin: Pelatih ini juga telah menunjukan prestasi yang baik sepanjang tempoh praktikum. Namun begitu masih ada beberapa kelemahan kecil yang perlu diperbaiki. Saya amat berharap beliau mampu merubahnya dan berusaha mencapai tahap prestasi terbaik..good luck

Aminah : Beliau juga menunjukkan prestasi yang amat memuaskan sepanjang tempoh praktikum berlangsung. Beliau cepat mempelajari sesuatu dan sentiasa melakukan perubahan apabila ditegur. Sikapnya yang sentiasa mahu melakukan yang terbaik amat memuaskan hati saya. Walaupun begitu beliau perlu berusaha lebih gigih lagi untuk mencapai tahap cemerlang...good luck

Nadhirah : Pelatih ini juga mempunyai sikap dan mentaliti inginkan kecemerlangan. Segala teguran yang diberikan, cepat dihadam dan dilakukan perubahan yang sepatutnya. Saya merasakan beliau layak untuk diberi rentasan pelatih cemerlang. Berdasarkan pemerhatian saya beliau telah mencapai standard yang dikehendaki untuk mencapai tahap cemerlang. Apapun menjadi harapan saya agar beliau terus berusaha memperlengkapkan diri untuk menghadapi rentasan cemerlang bermula pada 8 hb April 2013 nanti..good luck

Liyana : Pelatih ini menggunakan bahasa Arab yang baik sewaktu menjalankan pdp bahasa Arab untuk subjek minor. Saya berpuas hati dengan persembahan yang dilakukannya serta bbm yang digunakan. Namun begitu ada beberapa kelemahan kecil yang dilakukan namun begitu ia tidaklah menjejaskan prestasi beliau secara keseluruhan..good luck untuk Liyana...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
next page