Sunday 10 March 2013

catatan praktikum : nadhirah dan akilah major 2

Nadhirah : Pelatih ini mempamerkan pengajaran yang meyakinkan dan semakin baik dari segi kaedah pengajaran, intonasi, penggunaan kaedah nasyid, penggunaan bahasa Arab dalam pengajaran serta dokumentasi folio...hasil maklum balas daripada pihak pentadbir sekolah menunjukkan beliau adalah seorang pelatih yang berdedikasi, komited dan menunjukkan kerajinan yang luar biasa dalam melaksanakan tugas yang diberi.Tahniah kepada Nadhirah

Walau bagaimanapun Nadhirah perlu memperbaiki beberapa aspek yang masih terdapat beberapa kelemahan antaranya pendokumentasian projek sekolah yang masih belum disiapkan, pendokumentasian inovasi yang juga masih belum disiapkan, pemilihan aktiviti pengajaran yang sesuai dengan pengajaran kemahiran berbahasa arab, kekuatan suara, intonasi, aplikasi inovasi dalam kelas dan pengemaskinian folio..
Adalah diharapkan agar beliau sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan...

Akilah : Hari ini saya menyelia pengajaran minor bagi Akilah. Beliau menunjukkan pengajaran yang memuaskan dan berkesan terutama dari aspek pemilihan set induksi, aktiviti yang sesuai dengan isi pelajaran..Walau bagaimanapun beliau perlu berusaha lagi untuk memperbaiki pengajaran dari semasa ke semasa.. Tahniah Akilah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
next page