Friday 1 March 2013

Catatan Penyeliaan Minor

Aminah : saya memandu dengan berhati-hati ke SKDAZ, maklumlah cuaca lembab dan hujan renyai-renyai mengiringi lawatan saya ke sana. hari ini Aminah agak bersemangat menyampaikan pengajarannya. Muridnya juga nampak bersemangat dan tertib. Apabila saya meneliti pengajaran Aminah terdapat beberapa aspek positif antaranya ketertiban dalam langkah-langkah pengajaran yang disampaikan. Uslub penceritaan yang menarik minat muridnya serta beberapa aktiviti yang mencapai objektif pengajaran. Namun begitu Aminah tidak menggunakan kaedah nasyid yang mungkin boleh menarik minat muridnya, intonasi yang mendatar dan kadangkala agak keras. Teknik talaqqi dan musyafahah yang digunakan tidak memperdengarkan bacaan contoh dari muallimah....mungkin disebabkan oleh keuzuran...

Norfaizah : Saya mula memandu selepas suboh untuk memastikan saya dapat sampai tepat pada waktunya iaitu jam 0830 pagi di SK Dato Maharaja Lela , Jeram , Kuala Selangor. Jaraknya adalah kira-kira 100 km daripada rumah saya di Sepang. Norfaizah agak gementar, maklumlah penyeliaan pertama dan terakhir sesi minor bahasa Arab dari saya. Saya berasa selesa dengan bahasa Arab yang digunakan oleh beliau, agak simple, tersusun dan mengikut lughatul fasli. Banyak aspek positif namun begitu beliau perlu berhati-hati dengan langkah-langkah pengajaran yang melibatkan kemahiran berbahasa...

Nadhirah : kedatangan saya ke SK TTJ disambut dengan cuaca yang muram seakan-akan mempengaruhi mood pelatih saya. Walau bagaimanapun sangkaan saya meleset. Ternyata persembahan pengajaran Nadhirah agak baik pada hari ini dari segi intonasi suara, BBM, aktiviti yang dijalankan. Namun begitu beliau perlu memperbaiki aktiviti yang melibatkan murid-murid yang aktif dan mengambil kira teori "multiple intelligent " murid. Isi pengajaran yang agak banyak sehingga menyebabkan murid tidak terfokus kepada main topic..Nadhirah perlu lebih aktif menggunakan body language, memek muka , kaedah nasyid yang lebih berkesan...apapun harap beliau lebih bersemangat pada sesi yang seterusnya....

Rahmawati : Saya terhibur dengan gaya persembahan yang ditunjukkan oleh pelatih ini. Sangat energetic, tidak malu menggunakan kaedah nasyid, body language yang amat berkesan terutama membunyikan perkataan arab dari tiga versi suara yang berlainan. BBM nya sangat banyak dan membantu murid-murid memahami isi pelajaran...Secara keseluruhan tiga aspek yang memuaskan hati saya : body language,kaedah nasyid dan intonasi...versatile...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
next page