Tuesday 29 January 2013

catatan praktikum jqaf

Tepat jam 12 tengahari Jumaat, 25 Januari 2013, saya mula memandu dengan tenang menuju ke destinasi praktikum pertama musim baru ini iaitu SK Bandar Baru Sungai Buloh , di situ saya menyelia student jqaf yang dikenali sebagai Akilah. Beliau sedikit gementar apabila mengetahui saya sudah berada di pintu masuk sekolah. Dari riak wajahnya membayangkan keresahan andai saya mendapati ada yang tidak kena pada folionya. Jam 2.30 petang saya dibawa masuk ke bilik jqaf oleh Ustzh Akilah, saya mula meneliti satu persatu folio beliau dan buku rekod RPH nya. Akilah menarik nafas lega apabila saya memberitahunya bahawa failnya lengkap,kemas dan up to date. Selepas itu kami sempat berbual-bual dan bertukar-tukar fikiran tentang kaedah pengajaran dan strategi menangani murid-murid aktif pada tahun satu. Seterusnya saya dibawa berjumpa Guru Penyelia Petang dan hasil maklum balas darinya menunjukkan Akilah adalah seorang guru yang rajin,dedikasi dan komited dengan tugas...

Jam 3.30 petang saya meredah hujan lebat disepanjang jalan dari SK Bdr Baru Sg Buloh menuju ke SK 1 Selayang Baru Bt Caves...Air sudah menenggelami lorong sebelah kiri jalan. Hati saya resah memikirkan nasib saya pada petang itu. Pada hemat saya jika hujan tidak berhenti selama dua jam di KL, alamatnya banjir kilat akan berlaku..Saya mula memandu perlahan dan memerhati di kiri kanan jalan sambil sekali sekala memandang arahan GPS..Tepat jam 5ptg saya selamat sampai ke destinasi kedua iaitu SK 1 Selayang Baru untuk menyelia Ustzh Siti Ruhaya. Kebetulan Ustzh Siti Ruhaya sedang mengacara Majlis Sambutan Maulidur Rasul di sekolahnya dan saya terus menuju ke hadapan stage bersama Guru Penyelia Petang bagi menghadiri majlis tersebut. Dalam hati saya terdetik bahawa Ustzh Siti Ruhaya mempunyai kemahiran khas sebagai MC pada hari itu. Tamat sesi Maulidur Rasul saya terus ke bilik guru untuk memeriksa folio dan fail guru pelatih. Saya berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh Ustzh Siti Ruhaya, semuanya kemas dan up to date dan tiada komen negatif dari pihak pentadbir sekolah...kesimpulannya lawatan saya pada hari itu dikira berjaya mencapai matlamat..

Kepada guru pelatih, debaran anda belum lagi berakhir kerana perjuangan baharu sahaja bermula...
2501201312002030...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
next page