Sunday, 24 February 2013

catatan praktikum ruhaya - akilah - afuza

Ruhaya telah melaksanakan pengajaran Quran dengan baik namun begitu terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki terutama sekali dalam aspek bacaan Quran yang perlu mengikut lahjah Arab. Terdapat aktiviti yang tidak meliputi semua murid. Adalah lebih baik jika kaedah nasyid digunakan dalam memperkenalkan pengetahuan am tentang surah Al Kafirun. Tentu murid-murid beliau akan merasa teruja dan seronok serta memperolehi maklumat yang baharu

Akilah juga adalah seorang pelatih yang mempunyai komitmen yang tinggi. Beliau dapat menjalankan pengajaran dengan baik dan berkesan. Saya begitu terhibur dengan bahasa badannya dan kemahirannya melayan kanak-kanak sehingga tali kasut muridnya pun dipakaikannya...Aspek yang perlu diperbaiki lagi adalah dalam bab penulisan objektif, aktiviti yang bersesuaian dengan pengajaran kemahiran berbahasa serta perlaksanaan projek inovasi.....

Afuza mengalami banyak kelemahan dalam penyeliaan pertama. Dan diharapkan beliau mampu bangkit pada penyeliaan kedua nanti dan mempersembahkan pengajaran yang memberansangkan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
next page