Massachusetss: Universiti Harvard meletakkan ayat al-Quran di
pintu masuk ke fakulti undang-undangnya, menyifatkan ayat itu sebagai
antara ungkapan paling hebat bagi keadilan dalam sejarah, lapor akhbar
Arab Saudi baru-baru ini.Ayat 135 Surah An-Nisa diletakkan pada dinding berdepan dengan pintu masuk utama fakulti itu, khusus untuk frasa terbaik mengenai keadilan.
Seorang penuntut Arab Saudi yang belajar di universiti berkenaan menyiarkan gambar poster itu dalam akaun Twitternya,
Ungkapan hebat
“Saya nampak ayat berkenaan diletakkan oleh fakulti undang-undang, yang menyifatkan ia sebagai ungkapan paling hebat bagi keadilan dalam sejarah,” kata Abdullah Jumma.
Universiti Harvard dibina di Cambridge pada 1636 sebagai institusi pengajian tinggi paling tua di Amerika Syarikat. - Agensi
SUBHANALLAH...
sumber: bharian online.
No comments:
Post a Comment